Apa itu bekam..?

Bekam atau perkataan Arabnya “Al Hijamah”  yang membawa dua pengertian, yang pertama adalah kalimah "hajama" di mana ia bermaksud  “menyedut” iaitu menyedut atau menghisap gumpalan darah di tempat yang tertentu di anggota badan. Adapun kalimah “hajjama” yang membawa maksud ”menghalang” atau “mencegah” iaitu menghilangkan penyakit dan mencegahnya daripada kembali semula dan bukannya “al fashd” (pembuang darah) manakala dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Cupping”. 


Iaitu merupakan suatu kaedah perubatan dengan menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum yang bersih dan suci.


Jenis-jenis bekam atau hijamah:


1)Hijamah Jafah(ุฌูุฉ)
Iaitu kaedah sedutan angin untuk mengeluarkan angin yang berlebihan yang mengganggu sistem saraf dalam anggota badan tertentu dan yang tidak ditoreh pada tempatnya. Terdapat dua cara dalam kaedah ini:
a)Tetap : Iaitu dengan meletakkan alat bekam pada tempat tertentu lalu menyedutnya tanpa digerakkan ke tempat yang lain.
b)Bergerak : Iaitu dengan menyapukan minyak habbatul barakah atau minyak zaitun pada tempat tertentu lalu disedut dengan alat bekam. Kemudian alat tersebut digerakkan ke seluruh anggota badan.
2)Hijamah Rutbah(ุฑุทุจุฉ)
Iaitu pengeluaran darah kotor dalam badan disamping mengeluarkan angin berlebihan dengan kaedah menoreh pada tempat-tempat tertentu. Terdapat dua kelebihan bagi kaedah ini iaitu
a)Perubatan : Bertujuan mengubati penyakit-penyakit tertentu pada tempat-tempat tertentu dan sangat afdal jika dilakukan pada waktu-waktu yang disarankan.
b)Pemeliharaan : Bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, menguatkan sel-sel badan dan mengaktifkannya.


Mengapa Perlu Berbekam..?
Bekam merupakan suatu kaedah pengubatan sunnah Rasulullah SAW yang mana ia bukanlah perubatan alternatif tetapi sebaliknya bekam adalah satu cara pengubatan yang utama dan wajib diamalkan kerana datangnya daripada Allah SWT.

Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor iaitu toksik atau racun yang merbahaya dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Toksik adalah endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh. Di mana ia berpunca dari pencemaran udara dan makanan yang kita makan setiap hari.

Dengan berbekam juga dapat merangsang kembali saraf-saraf yang telah lemah atau tidak aktif di dalam tubuh badan seseorang. Oleh itu dengan kaedah bekam ini sistem imuniti tubuh akan dapat dipulihkan kembali.

Dengan erti kata lain kaedah perubatan bekam ini sangat berkesan sekali untuk menghilangkan rasa sakit dan dapat mengubati pelbagai penyakit-penyakit merbahaya yang mana dapat melengkapkan lagi kaedah perubatan moden dengan membantu melancarkan sistem tubuh dan membersihkan darah daripada sisa-sisa toksik, racun dan angin yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan biasa.

Sejak zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam telah menjadi amalan bagi penyembuhan berbagai penyakit, seperti sawan (epilepsy), angin ahmal (stroke), hingga ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam. Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan insan yang pertama dibekam para malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi’raj.



Malah seluruh pakar perubatan telah mengiktiraf kaedah perubatan ini kerana keberkesannya dalam merawat pelbagai penyakit dan sebagai pelengkap kajian perubatan dari semasa ke semasa. 



Sebuah kisah tentang bekam pada zaman Rasulullah SAW....

Sebuah kisah tentang bekam pada zaman Rasulullah SAW....
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda pun bertanya "Apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "Hadiah". Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda, "Hentikan" kemudian baginda bertanya kepada wanita itu..."Apakah kamu telah meracuni kambing ini? " wanita itu menjawab "Ya"...Baginda bertanya lagi "Mengapa ?" wanita itu menjawab "Aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu'. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam... Ibnul Qoyyim berkata "Ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam". Demikianlah juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar, Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada punca utama, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam. Berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut tetapi tidak memakai kaedah bekam. Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin ke dalam badan seseorang lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama...Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-quran dan bekam.

Bekam boleh merawat gout

Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh berlebihannya asid urik di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil sebagai purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Bagi pengidap gout asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.

Gout sering dihidapi oleh kaum lelaki berbanding wanita iaitu dalam lingkungan umur antara 30 hingga 60 tahun. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, sendi-sendi kaki seperti buku lali, lutut dan tapak kaki. Bagaimana pun selain kaki bahagian tangan seperti pergelangan tangan dan jari juga boleh diserang penyakit gout ini. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba. Sendi yang diserang gout menjadi bisa sehingga dengan sedikit sentuhan pun terasa begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan sehingga berhari-hari atau sehingga berminggu-minggu jika tidak dirawat.

Selain itu asid urik yang berkumpul di bawah kulit ini juga membentuk benjolan yang dipanggil 'tophi'. Manakala jika berkumpul di dalam saluran urinari (air kencing), ia akan membentuk batu karang.

Selalunya menghidap gout ini sering mengalami masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.

Bagi anda yang mengalami penyakit gout ini usah bimbang kerana bekam boleh membantu. Selalunya selepas sekali rawatan bekam, sakit gout yang anda alami akan berkurangan dan akan terus hilang selepas satu atau dua hari. Jika masih sakit lagi, eloklah diulang sekali atau dua kali lagi sehingga penyakit anda benar-benar sembuh...Insya'Allah.

Setelah itu amalkanlah juga cara hidup yang sihat iaitu dengan bersenam, berjogging dan menjaga berat badan. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi purin seperti daging, organ dalaman, makanan laut dan kekacang. Akhir sekali banyakkan minum air kosong.