Amalan Pemakanan Sunnah Rasulullah SAW



Setiap tatacara dalam kehidupan kita seharusnya berpandukan al Quran dan as Sunnah. Ini kerana kedua- duanya merupakan batu asas yang menjadi pegangan kita sebagai umat Islam. Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji- bijian, sayur- sayuran dan buah- buahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.
Menyoroti sejarah, Nabi Muhamad SAW biasa memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum yang telah diproses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains semasa membuktikan bahawa mereka yang memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung didalamnya menyebabkan hati akan mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut- turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”. Pemakanan berasaskan bijian- bijian sempurna sememangnya berkhasiat kerana ia amat penting bagi kesihatan jantung di samping berkhasiat untuk mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Mengikut satu kajian yang dibentangkan di International Conference on Food, Nutrition and Cancer, biji- bijian sempurna adalah kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan di samping mencegah kanser. Di samping itu, satu kajian yang telah dijalankan oleh Havard School of Public Health dari tahun 1984 hingga 1996 ke atas 74 000 orang wanita menunjukkan bahawa wanita yang mengambil biji- bijian sempurna dalam diet mereka secara berterusan mempunyai berat badan yang rendah berbanding mereka yang tidak mengambil biji- bijian sempurna. Justeru itu, bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat dinasihatkan oleh pakar pemakanan agar mengambil makanan yang berasaskan biji- bijian yang sempurna.
Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, buah tamar memang tidak dapat dipisahkan lagi. Buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”. Ini menunjukkan, buah tamar sentiasa menjadi hidangan penting bagi nabi dan baginda amat menggemarinya. Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat- zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Nabi juga memakan buah- buahan lain seperti tembikai. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Di samping itu, Rasulullah juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber). Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan. Kebanyakan buah- buahan dan sayur- sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Oleh itu, pengambilan biji-bijian sempurna, buah- buahan dan sayur- sayuran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan melalui kajian sains semasa akan kelebihannya. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.


 Makanan-Makanan Amalan dan Kesukaan Nabi SAW :


1. Barli  ~  Bagus untuk demam jika dibuat sup

2. Kurma/Tamar ~  Sabda Rasulullah SAW, " Rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Kismis  ~  Mengandungi zat besi yang diperlukan di dalam darah bagi memastikan oksigen dapat dibawa ke otak dan bahagian tubuh yang lain dengan lancar. 

4. Buah Tin ~ Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

5. Anggur ~  Amalan memakan anggur dapat menguatkan buah pinggang , membersihkan perut  dan darah.

6. Madu ~ Al-Quran mengiktiraf madu sebagai 'syifa' atau penyembuh penyakit, disamping turut digelar sebagai 'raja ubat'. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik dan enzim yang berupaya meningkat daya ingatan serta kecerdasan mental.Sabda Rasulullah s.a.w., "Barang siapa ingin menghafaz, hendaklah ia minum manisan madu." Selain itu madu juga didapati berkesan untuk merawat penyakit mental.  
7. Tembikai (Segala Jenis) ~ Sabda Rasulullah SAW, "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikan. Ia makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindar sejuk dan membersihkan kulit.

8. Susu ~ Susu berguna untuk kesihatan otak di samping menajamkan daya ingatan serta mampu membekalkan tenaga mental dan fizikal. Tiga unsur utama yang boleh ditemui dalam susu ialah keju, lemak dan air yang sangat diperlukan dalam tumbesaran otak. Antara makanan yang dipaparkan di sini, susu boleh dianggap menu yang paling lengkap kerana mempunyai kelas makanan tertentu seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. Susu mujarab untuk merawat penyakit serta penawar penyakit lupa. Rasulullah sendiri menjelaskan bahawa susu boleh menguatkan tulang belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang selalu diminum Rasulullah SAW adalah susu kambing.

9. Cendawan  ~ Diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya, “Aku pernah mendengar Nabi S.a.w bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata”Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya, “Aku pernah mendengar Nabi S.a.w bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata”


10. Minyak Zaitun  ~  Baik untuk rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan , merawat radang perut, mengandungi agen anti oksidan dan anti kanser.
11. Buah Delima  ~  Buah delima disebut 3 kali dalam Al-Quran. Kandungan antioksidannya yang tinggi baik bagi merawat dan mencegah penyakit jantung, cepat tua dan barah. Juga ada disebut dapat membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


12. Cuka  ~ Rasulullah SAW selalu meminumnya dengan minyak zaitun. Cuka epal yang dicampur dengan madu lebah juga sangat bermanfaat untuk kesihatan.

13. Badam ~ Jika dimakan dapat meningkatkan kecerdasan otak terutama untuk kanak-kanak.

14. Habbatus sauda/Jintan Hitam ~ Banyak hadis-hadis yang menyebut tentang habbatus sauda antaranya; Sabda Rasulullah SAW, "Tetaplah dengan habbatus Sauda kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati" (hadis Sahih Bukhari dan Muslim) 
15. Air ~ Air kosong adalah amat penting kerana ia adalah sumber kehidupan untuk semua makhluk di dunia ini. minumlah air secukupnya. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana akan mudah mendapat sakit pada hati.

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:- 

1. Susu dengan ikan

2. Cuka dengan susu

3. Buah-buahan dengan susu

4. Daun salad dengan ikan

5. Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Daging segar dengan daging kering

7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka

8. Cuka dengan nasi

9. Buah delima dengan serunding

10. Telur dengan ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!


Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang (paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)

2. Senaman sebelum makan.

3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang 2 jam)

4. Jangan makan buah selepas makan.

5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.

6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)

9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..


Khasiat Minyak Zaitun

Terdapat tiga jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil

Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.


Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.


Olive Oil

Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.


Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.


Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.


Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.


Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.


Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.


Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.


Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.


Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.


Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.


Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.


Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid’ yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative’ dan menyingkirkan cacing di dalam badan.


Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol’. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.


Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.


Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ” Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

CARA PENGAMBILAN:

1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).


Khasiat Habbatus Sauda


Habbatus Sauda atau dalam bahasa Melayu disebut jintan hitam ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
 
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut dinyatakan bahwa Habbatus Sauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Ciri-ciri Utama Habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Glukos Monosakarida, xylosa dsb.
  • Polisakarida
  • Asid lemak tidak tepu (asid lemak ini atau dikenali juga sebagai omega tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan)
  • Asid amino
  • Karotene iaitu sumber vitamin A
  • Kalsium, zat besi, dsbnya.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
 
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
 
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
 
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
 
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
 
Maklumat Hasil Kajian
 Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.

Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika. 

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronik seperti jerawat dan demam hingga kanser.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alahan distabilkan, melalui zat minyak habbatus sauda sistem antibodi juga dapat diselaraskan. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, keberkesanan pengubatan ini terhadap alahan adalah sebanyak 70% daripada pesakit-pesakitnya. Di antara mereka adalah alah terhadap habuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena jangkitan. Bermula dari situ, Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengubatan preventifnya terhadap resdung dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alahan, radang, gangguan haid, tekanan emosi atau jiwa dan terutamanya terhadap bronkhitis, asma, neurodermatitis serta untuk sistem pencernaan yang buruk hinggalah kepada lemah syahwat.


Madu Lebah


Dalam sejarah Islam fakta madu lebah yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud:


"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu)yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"



1. Penyembuh Yang Mujarab

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu madu dan Al-Quran” -

Riwayat Ibnu Majah. 


Kita perlu mengambil madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

2. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.
  
3. Antioksida & Menghentikan Serangan Bakteria
  
Sungguh menarik, madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripada terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
  
Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: 

“Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:
Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten.

Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
  
Antara manfaat madu yang lain ialah:

*Membekalkan tenaga segera kerana gula dalam madu mudah dihadam dan sebagai sumber untuk memulihkan tenaga.
    
*Membantu melawaskan sistem pencernaan.  
   
*Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik.  
    
*Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
  
*Mengurangkan kesakitan kulit terbakar.  
   
*Mengurangkan parut.  
  
*Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.


Cuka


Cuka dihasilkan daripada buah-buahan atau biji-bijian yang telah melalui proses fermentasi. Cuka yang paling popular dan mudah didapati ialah cuka epal (apple cider vinegar).


Cuka epal (apple cider vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Sebenarnya badan kita berfungsi paling optimum apabila pH darah berada dalam keadaan sedikit alkali, yaitu diantara pH 7.35 dan 7.45. tetapi akibat pemakanan yang kita ambil, tekanan, kurang senaman dan pencemaran, kebanyakan orang mempunyai darah yang sedikit berasid. Badan berasid juga diakibatkan diet yang kaya dengan daging atau karbohidrat terproses dan rendah serat.

Jika anda sukar mengurangkan berat badan dibanding orang lain, badan anda mungkin berada dalam keadaan asidik yang tinggi. Apabila badan anda berasid, ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya - termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.








Sebuah kisah tentang bekam pada zaman Rasulullah SAW....

Sebuah kisah tentang bekam pada zaman Rasulullah SAW....
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda pun bertanya "Apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "Hadiah". Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda, "Hentikan" kemudian baginda bertanya kepada wanita itu..."Apakah kamu telah meracuni kambing ini? " wanita itu menjawab "Ya"...Baginda bertanya lagi "Mengapa ?" wanita itu menjawab "Aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu'. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam... Ibnul Qoyyim berkata "Ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam". Demikianlah juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar, Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada punca utama, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam. Berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut tetapi tidak memakai kaedah bekam. Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin ke dalam badan seseorang lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama...Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-quran dan bekam.

Bekam boleh merawat gout

Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh berlebihannya asid urik di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil sebagai purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Bagi pengidap gout asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.

Gout sering dihidapi oleh kaum lelaki berbanding wanita iaitu dalam lingkungan umur antara 30 hingga 60 tahun. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, sendi-sendi kaki seperti buku lali, lutut dan tapak kaki. Bagaimana pun selain kaki bahagian tangan seperti pergelangan tangan dan jari juga boleh diserang penyakit gout ini. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba. Sendi yang diserang gout menjadi bisa sehingga dengan sedikit sentuhan pun terasa begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan sehingga berhari-hari atau sehingga berminggu-minggu jika tidak dirawat.

Selain itu asid urik yang berkumpul di bawah kulit ini juga membentuk benjolan yang dipanggil 'tophi'. Manakala jika berkumpul di dalam saluran urinari (air kencing), ia akan membentuk batu karang.

Selalunya menghidap gout ini sering mengalami masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.

Bagi anda yang mengalami penyakit gout ini usah bimbang kerana bekam boleh membantu. Selalunya selepas sekali rawatan bekam, sakit gout yang anda alami akan berkurangan dan akan terus hilang selepas satu atau dua hari. Jika masih sakit lagi, eloklah diulang sekali atau dua kali lagi sehingga penyakit anda benar-benar sembuh...Insya'Allah.

Setelah itu amalkanlah juga cara hidup yang sihat iaitu dengan bersenam, berjogging dan menjaga berat badan. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi purin seperti daging, organ dalaman, makanan laut dan kekacang. Akhir sekali banyakkan minum air kosong.