PUASA
Seluruh pakar perubatan telah bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegendutan yang menyebabkan timbulnya sub penyakit lain. Maka, puasa adalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Dalam bidang perubatan, kesan lapar adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Manusia digalakkan berpuasa walaupun tidak menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan dari racun-racun yang berkumpul di dalamnya.
Selain itu, Dr. Hisyam Ibrahim Al-Khatib, dalam kitab ‘Al-Wafiz Fi Al-Tib’ menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan juga menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi seluruh pergerakan badan. Oleh itu, penyakit-penyakit seperti seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan seseorang individu. Jadi, berpuasa adalah jalan terbaik bagi memulihkannya kerana dengannya wujud satu sistem baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.
Amalan puasa terutamanya puasa Ramadhan merupakan amalan baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu tahap yang dikehendaki. Ditambah pula jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban seterusnya Isnin dan Khamis. Nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang.
Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz, seorang pakar perubatan Islam dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Hasilnya didapati puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan. Dari sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.
Puasa dapat menghakis ketagihan merokok, seterusnya sebagai permulaan yang baik bagi individu yang merokok untuk menamatkan perbuatan membazir dan memudharatkan itu. Jika dilihat, apabila seseorang perokok itu berpuasa, maka dengan keimanan yang ada ia telah mampu mengawal ketagihannya sehingga waktu berbuka.
Dari sini dapat disimpulkan bahawa puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kegendutan. Selain itu, ini merupakan cara terbaik bagi mengurangkan berat badan daripada mengambil pil-pil pelangsing yang mungkin boleh mendatangkan risiko pada tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan seperti ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan di dalam badan dapat dihakis.
Keseluruhannya, puasa dapat mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan sekadar keperluan sahaja. Seterusnya ia juga dapat melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan yang paling menarik sekali ialah dapat menambahkan nikmat dan kelazatan makanan setelah sehari suntuk menahan diri dari makan dan minum. Hebatnya segala syariat yang telah ditetapkan kepada hamba-hambaNya, ayuh kita perjuangkan kedaulatan segala syariat Allah.
Sesungguhnya setiap suruhan dan larangan Allah itu tidak sia-sia. Malah dihiasi dengan seribu satu kebaikan bagi mereka yang sentiasa mengkaji dan menginsafi setiap kejadian alam. Sebagai umat yang berpegang kepada syariat-Nya, kita dituntut supaya sentiasa mengkaji hikmah di sebalik kejadian dan suruhan Allah. Maka, ilmu sains dapat memberikan kita penjelasan yang lebih mendalam bagi memahami hikmah bagi setiap kejadian seterusnya meningkatkan keimanan terhadap Alah S.W.T.
Seluruh pakar perubatan telah bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegendutan yang menyebabkan timbulnya sub penyakit lain. Maka, puasa adalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Dalam bidang perubatan, kesan lapar adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Manusia digalakkan berpuasa walaupun tidak menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan dari racun-racun yang berkumpul di dalamnya.
Selain itu, Dr. Hisyam Ibrahim Al-Khatib, dalam kitab ‘Al-Wafiz Fi Al-Tib’ menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan juga menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi seluruh pergerakan badan. Oleh itu, penyakit-penyakit seperti seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan seseorang individu. Jadi, berpuasa adalah jalan terbaik bagi memulihkannya kerana dengannya wujud satu sistem baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.
Amalan puasa terutamanya puasa Ramadhan merupakan amalan baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu tahap yang dikehendaki. Ditambah pula jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban seterusnya Isnin dan Khamis. Nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang.
Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz, seorang pakar perubatan Islam dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Hasilnya didapati puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan. Dari sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.
Puasa dapat menghakis ketagihan merokok, seterusnya sebagai permulaan yang baik bagi individu yang merokok untuk menamatkan perbuatan membazir dan memudharatkan itu. Jika dilihat, apabila seseorang perokok itu berpuasa, maka dengan keimanan yang ada ia telah mampu mengawal ketagihannya sehingga waktu berbuka.
Dari sini dapat disimpulkan bahawa puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kegendutan. Selain itu, ini merupakan cara terbaik bagi mengurangkan berat badan daripada mengambil pil-pil pelangsing yang mungkin boleh mendatangkan risiko pada tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan seperti ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan di dalam badan dapat dihakis.
Keseluruhannya, puasa dapat mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan sekadar keperluan sahaja. Seterusnya ia juga dapat melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan yang paling menarik sekali ialah dapat menambahkan nikmat dan kelazatan makanan setelah sehari suntuk menahan diri dari makan dan minum. Hebatnya segala syariat yang telah ditetapkan kepada hamba-hambaNya, ayuh kita perjuangkan kedaulatan segala syariat Allah.
Ihsan Mimbar Ulama
KOLAGEN
Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.
Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.
Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.
Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.
Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.
Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??
1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas).
Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.
GOUT
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat kerana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilannya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak. Jadi perlu dinyatakan lagi bahawa gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makanan yang banyak menghasilkan asid urik.
Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan yang merapu merosakkan buah pinggang.
BERJALAN KAKI
Pengenalan
Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.
Faedah berjalan kaki
Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
- Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
- Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
- Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
- Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
- Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
- Mengekalkan kekuatan otot.
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
- Mampu meningkatkan keyakinan diri.
Bagaimana untuk bermula?
- Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.
- Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.
- Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.
- Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.
- Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.
Teknik-teknik berjalan dengan betul
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
- Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
- Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
- Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
- Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
- Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
- Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
- Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.
Cara Mudah Untuk Berjalan
Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
- Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
- Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
- Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
- Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
- Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.