Aura
Bahaya Radiasi Telefon Bimbit
Aura kepada tubuh manusia adalah ibarat lapisan ozon kepada bumi. Lapisan ozon memainkan peranan penting sebagai perisai melindungi manusia dan hidupan lain daripada sinaran ultra-ungu yang berbahaya dan lapisan ozon juga membantu mengawal suhu bumi. Dengan penipisan ‘perisai’ ini, manusia semakin berisiko untuk terdedah kepada bahaya penyakit kanser kulit, kataraks dan kelemahan sistem imunisasi. Begitu juga dengan fungsi aura kepada manusia. Aura adalah satu medan elektromagnet yang melingkari di sekeliling tubuh badan manusia dan amatlah penting dalam melindungi tubuh manusia.
Gaya hidup di arus pemodenan masa kini yang senantiasa mengejar masa, menyebabkan majoriti daripada kita mengambil jalan pintas dengan mengamalkan tabiat pemakanan tidak sihat (iaitu mengambil makanan diproses dan makanan segera) yang tidak baik untuk tubuh badan. Tuntutan kerjaya yang mendesak menyebabkan rokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah telah dijadikan oleh sesetengah individu sebagai bahan penenang minda atau untuk mengurangkan tekanan. Dunia tanpa sempadan menyebabkan segala urusan berada dihujung jari – komputer atau komputer riba, telefon bimbit dan alat-alat elektronik yang lain kerap digunakan. Manusia kini terdedah kepada pelbagai bentuk radiasi setiap hari. Gejala-gejala ini merupakan punca-punca kerosakan atau kebocoran aura yang mengakibatkan manusia hidup penuh dengan tekanan, kemurungan dan mudah untuk marah. Ini jika tidak ditangani, akan membawa kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih kritikal lagi.
Antara kesan-kesan akibat kerosakan atau kebocoran aura adalah:
• Keletihan
• Kekurangan tenaga
• Kesunyian/Kemurungan
• Pemikiran dan perasaan dengan perilaku yang negatif/tidak seimbang dan di luar kawalan
• Kelemahan sistem energi yang membawa kepada pelbagai isu kesihatan terutamanya kesihatan fizikal
• Kekurangan tenaga
• Kesunyian/Kemurungan
• Pemikiran dan perasaan dengan perilaku yang negatif/tidak seimbang dan di luar kawalan
• Kelemahan sistem energi yang membawa kepada pelbagai isu kesihatan terutamanya kesihatan fizikal
Bahaya Radiasi Telefon Bimbit
Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.
Soalan-soalan Lazim:
FUNGSI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI
Kita sering menemukan karakter orang lain di sekitar kita, ada orang yang pandai dalam ilmu pengetahuan tapi tidak pandai bergaul dan bersosialisasi. Atau sebaliknya ada orang yang pandai bergaul atau bersosialisasi tapi tidak pandai dalam ilmu pengetahuan. Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan antara otak kanan dan otak kiri.
Berdasarkan hasil penelitian seorang neuropsikologi, Roger Wolcott Sperry di awal tahun 1960, dia mendapati bahawa otak memiliki fungsi yang berbeza di setiap sisi kiri dan kanannya.
Fungsi otak kanan berkaitan dengan perkembangan emotional quotient (EQ). Misalnya sosialisasi, komunikasi, interaksi dengan manusia lain serta pengendalian emosi. Pada otak kanan ini pula terletak kemampuan intuitif, kemampuan merasakan, memadukan, dan ekspresi tubuh, seperti menyanyi, menari, dan melukis :
Fungsi otak kiri berkaitan dengan hal-hal yang berhubungan dengan logika, rasio, kemampuan menulis dan membaca, serta merupakan pusat matematika. Bahagian otak ini merupakan pengendaliintelligence quotient (IQ). Daya ingat otak bahagian ini juga bersifat jangka pendek :
Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.
Jadi kesimpulannya, otak kanan lebih kepada kreativiti dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal). Manakala otak kiri lebih kepada pengiraan, sistematik dalam mengatur pelan perancangan (macam main catur). Walau bagaimanapun adalah didapati ramai manusia di dunia ini lebih cenderung menggunakan otak kiri lebih daripada otak kanan. Namun kedua-duanya saling berkaitan dan manusia perlu menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum.
Berikut ini adalah tips atau cara untuk mengetahui apakah anda cenderung menggunakan otak kiri atau otak kanan.
Rapatkan kedua-dua tangan anda seperti ini...
Cuba anda perhatikan jempol tangan kiri dan kanan anda berada di manakah..?
Jika “jempol tangan kiri” anda berada paling atas, maka anda telah menggunakan otak kanan
Sebaliknya jika “jempol tangan kanan” anda berada di atas, maka anda telah menggunakan otak kiri
Sekarang cuba silangkan lengan anda atau peluk tubuh pula....
Di sini maksudnya pun sama sahaja iaitu kalau lengan kanan di atas lengan kiri bermakna anda menggunakan otak kiri dan jika lengan kiri di atas lengan kanan bermakna anda menggunakan otak kanan.
Atau cuba silangkan kaki pula...
Sama juga kalau kaki kiri di atas kaki kanan maka anda menggunakan otak kanan dan sebaliknya. Tetapi jika anda boleh mengalihkan kaki anda kepada ke dua-dua arah maka bermaksud anda menggunakan kedua-dua belah otak anda ( otak kiri dan otak kanan)...TAHNIAH!!!
OK...Sekarang cuba ujian ini pula...
Adakah anda melihat gambar wanita di atas berpusing mengikut arah jam..?
Jika ya....bermaksud anda sedang menggunakan otak kanan tetapi jika anda melihat gambar wanita itu berpusing mengikut arah lawan jam bermaksud anda sedang menggunakan otak sebelah kiri anda. Cuba usahakan diri anda untuk dapat melihat pergerakan wanita itu dari ke dua-dua arah...Untuk melatih otak anda dan untuk mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi sila klik di ... > S I N I <
TEST PENGACAU OTAK KIRI DAN OTAK KANAN
Cuba anda perhatikan tulisan-tulisan di atas yang menyatakan warna (Yellow, Orange, Blue, Black, Green, Red, dan selanjutnya), kemudian sebutkanlah warnanya bukan menyebutkan tulisannya. Otak kanan anda berusaha menyebutkan warnanya, tetapi otak kiri anda tetap membaca tulisannya ! Cubalah, pasti anda akan terganggu oleh konflik otak kiri dan otak kanan anda.
|