Hikmah Ayatul Kursi


Berikut adalah hikmah Ayatul Kursi mengikut hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan
berada dlm lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan
dia daripada masuk syurga kecuali maut
dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan
ahli rumah-rumah di sekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yang bersyukur, setiap perbuatan orang yg
benar, pahala nabi-nabi serta Allah 
melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya -
mereka semua memohon keampunan dan 
mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia
adalah seperti orang yang berperang
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat
Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah SWT berkenan memberi pertolongan
kepadanya. 


Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah S.A.W.bersabda,"Sampaikanlah
pesanku biarpun satu
ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan
SIHAT untuk Dunia Mu,Utamakan SOLAT dan
ZAKAT untuk Akhirat Mu" Subhanallah...

Seorang penuntut wanita yang beragama islam di amerika dlm perjalanan pulang ke rumah, dan mengambil jalan shortcut ke rumahnya.. dalam perjalanannya,kelihatan seorang lelaki yang bersandar di tepi dinding kelihatan sprt menunggu sesuatu.. Lantas wanita yang hanya berseorangan itu membaca ayat kursi dan memohon perlindungan drpd Allah SWT dr sgala kejahatan yang bakal menimpanya..

Dan akhirnya wanita tersebut berjaya smp ke rumah tanpa sbrg malapetaka yang menimpa.. keesokannya terhias di dada akhbar tntg seorg wanita yg dirogol di jalan yang telah dilaluinya semlm dan pd waktu yang terdekat setelah dia melaluinya.

Lantas dgn perasaan hairan,dia ke pjbt polis untuk bertemu dgn perogol tersebut dan jelaslah bhw lelaki tersebut adlh lelaki yang bersandar di tepi dinding semlm..Pabila ditanya mengapa dia tdk dijadikan mangsa..

Perogol tersebut menjawab..bhw disisi wanita tersebut diiring dua org lelaki sasa yang bertubuh besar..

Lantas wanita tersebut memanjatkan syukur kpd Allah SWT..



Sebuah kisah tentang bekam pada zaman Rasulullah SAW....

Sebuah kisah tentang bekam pada zaman Rasulullah SAW....
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda pun bertanya "Apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "Hadiah". Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda, "Hentikan" kemudian baginda bertanya kepada wanita itu..."Apakah kamu telah meracuni kambing ini? " wanita itu menjawab "Ya"...Baginda bertanya lagi "Mengapa ?" wanita itu menjawab "Aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu'. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam... Ibnul Qoyyim berkata "Ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam". Demikianlah juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar, Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada punca utama, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam. Berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut tetapi tidak memakai kaedah bekam. Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin ke dalam badan seseorang lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama...Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-quran dan bekam.

Bekam boleh merawat gout

Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh berlebihannya asid urik di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil sebagai purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Bagi pengidap gout asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.

Gout sering dihidapi oleh kaum lelaki berbanding wanita iaitu dalam lingkungan umur antara 30 hingga 60 tahun. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, sendi-sendi kaki seperti buku lali, lutut dan tapak kaki. Bagaimana pun selain kaki bahagian tangan seperti pergelangan tangan dan jari juga boleh diserang penyakit gout ini. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba. Sendi yang diserang gout menjadi bisa sehingga dengan sedikit sentuhan pun terasa begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan sehingga berhari-hari atau sehingga berminggu-minggu jika tidak dirawat.

Selain itu asid urik yang berkumpul di bawah kulit ini juga membentuk benjolan yang dipanggil 'tophi'. Manakala jika berkumpul di dalam saluran urinari (air kencing), ia akan membentuk batu karang.

Selalunya menghidap gout ini sering mengalami masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.

Bagi anda yang mengalami penyakit gout ini usah bimbang kerana bekam boleh membantu. Selalunya selepas sekali rawatan bekam, sakit gout yang anda alami akan berkurangan dan akan terus hilang selepas satu atau dua hari. Jika masih sakit lagi, eloklah diulang sekali atau dua kali lagi sehingga penyakit anda benar-benar sembuh...Insya'Allah.

Setelah itu amalkanlah juga cara hidup yang sihat iaitu dengan bersenam, berjogging dan menjaga berat badan. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi purin seperti daging, organ dalaman, makanan laut dan kekacang. Akhir sekali banyakkan minum air kosong.