Amalan-Amalan Yang Boleh Melapangkan Rezeki


1. Menyempatkan Diri Beribadah

Allah tidak mensia-siakan pengabdian diri hambanya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempitkanlah untuk menyembah Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan Perbuatan Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: ” dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa Ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w.. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)

8. Banyak Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat Banyak Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:”Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-Pagi

Menurut Rasulullah s..a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:”Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:”Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur Kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan Zikir Dan Bacaan Ayat Al-Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim..” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar Sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . FirmanNya :”Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sebuah kisah tentang bekam pada zaman Rasulullah SAW....

Sebuah kisah tentang bekam pada zaman Rasulullah SAW....
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda pun bertanya "Apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "Hadiah". Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda, "Hentikan" kemudian baginda bertanya kepada wanita itu..."Apakah kamu telah meracuni kambing ini? " wanita itu menjawab "Ya"...Baginda bertanya lagi "Mengapa ?" wanita itu menjawab "Aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu'. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam... Ibnul Qoyyim berkata "Ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam". Demikianlah juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar, Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada punca utama, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam. Berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut tetapi tidak memakai kaedah bekam. Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin ke dalam badan seseorang lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama...Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-quran dan bekam.

Bekam boleh merawat gout

Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh berlebihannya asid urik di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil sebagai purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Bagi pengidap gout asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.

Gout sering dihidapi oleh kaum lelaki berbanding wanita iaitu dalam lingkungan umur antara 30 hingga 60 tahun. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, sendi-sendi kaki seperti buku lali, lutut dan tapak kaki. Bagaimana pun selain kaki bahagian tangan seperti pergelangan tangan dan jari juga boleh diserang penyakit gout ini. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba. Sendi yang diserang gout menjadi bisa sehingga dengan sedikit sentuhan pun terasa begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan sehingga berhari-hari atau sehingga berminggu-minggu jika tidak dirawat.

Selain itu asid urik yang berkumpul di bawah kulit ini juga membentuk benjolan yang dipanggil 'tophi'. Manakala jika berkumpul di dalam saluran urinari (air kencing), ia akan membentuk batu karang.

Selalunya menghidap gout ini sering mengalami masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.

Bagi anda yang mengalami penyakit gout ini usah bimbang kerana bekam boleh membantu. Selalunya selepas sekali rawatan bekam, sakit gout yang anda alami akan berkurangan dan akan terus hilang selepas satu atau dua hari. Jika masih sakit lagi, eloklah diulang sekali atau dua kali lagi sehingga penyakit anda benar-benar sembuh...Insya'Allah.

Setelah itu amalkanlah juga cara hidup yang sihat iaitu dengan bersenam, berjogging dan menjaga berat badan. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi purin seperti daging, organ dalaman, makanan laut dan kekacang. Akhir sekali banyakkan minum air kosong.